Breaking News

Cara Membuat Kue Kekinian

 Resep Bomboloni Nutella


resep kue bomboloni nutella tanpa mikser

Bahan:

  • Tepung gandum/high protein (500gm)
  • Yis mauripan (11gm) - 1 paket
  • Serbuk penaik (1/2 sudu teh/sudu kecil)
  • Marjerin (1 sudu makan)
  • Telur gred B (1 biji)
  • Gula (3 sudu makan/sudu besar)
  • Susu tepung (2 sudu makan/sudu besar)
  • Sedikit garam
  • Susu segar (1 cawan)
  • Air biasa (1/2 cawan)


Cara menyajikan:

  1. Campur kesemua bahan sekali termasuk yis.
  2. Kalau kurang uli dengan tangan, uli selama 15-20 minit. Jika menggunakan mixer, uli selama 10 minit.


Tips: Uli sampai bahan menjadi elastik. Tidak terlalu lembek.

  1. Diamkan adonan selama 30 minit.
  2. Buang angin. Kemudian, bentukkan doh secara rounding.
  3. Biarkan adonan naik mengembang 2 kali ganda. Setelah itu, sudah bisa di goreng menggunakan api sederhana.
  4. Campurkan donat yang telah digoreng tadi dengan snow sugar. Kemudian, susun donat itu.


Tips: Snow sugar boleh dicari di kedai bakeri.

  1. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam. Jangan sempai tembus pula.
  2. Tahap terakhir, boleh letak inti (filling) Nutella.



Resep Japanese Cotton Cheesecake 


resep kue japanese cotton cheesecake

Bahan-bahan


Bahan A:

  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/4 susu kecil garam
  • 60 gm tepung kek/tepung superfine
  • 20 gm tepung jagung (cornflour/cornstarch)


Bahan B:

  • 140 gm gula (granulated sugar)
  •  6 biji putih telur
  • 3/4 sudu kecil jus lemon


Cara-cara:


  1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler. Bila sudah cair, dinginkan adunan cream cheese tadi.
  2. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Setelah itu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  4. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang sudah jadi itu dan aduk sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi itu salut dengan kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.
  5. Bakar kek pada suhu 160 derajat celcius kurang lebih 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).



Resep Kek Cheese Leleh


membuat kek cheese leleh enak


Bahan-bahannya :

  • 100g tepung hongkong (Kalau tidak ada bisa diganti tepung gandum)*
  • 60g tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu besar ovelette
  • 100g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 50ml air sejuk ( air dari peti ais)
  • 75g mentega cair
  • 1 sudu kecil vanila


Cara Membuatnya :

  1. Ayak dahulu bahan yang bertanda *
  2. Mixkan semua bahan di atas, kecuali mentega cair.
  3. Pukul sampai gebu, lalu masukkan mentega cair. 
  4. Bakar dalam oven pada suhu 150 derajat celcius selama 45 minit. (bakar dengan suhu 150 derajat celcius selama 30 minit..
  5. kemudian dengan suhu 170 derajat celcius selama 20 minit....suhu panasan ini bergantung pada oven masing-masing).

Sumber : grup makanan telegram




Type and hit Enter to search

Close